Umihajar.Ternak

Kami pembekal Ayam Kampung!
Menawarkan harga yang lebih murah dari pasaran!
Hubungi kami Untuk Tempahan:0192581232/0142926276

"Ya Allah, aku memohon perlindunganMu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak pernah khusyuk, daripada mata yang tidak pernah mengalirkan air mata keinsafan, daripada hati yang tidak pernah kenyang dan puas menuntut tuntutan hawa nafsu dan syaitan, serta daripada doa yang tidak pernah diperkenankan olehMu.Berikanlah kepadaku kebolehan untuk memahami rahsia sesuatu, sebagaimana yang Kau berikan kepada orang-orang yang mancapai martabat arifin, anugerahkanku kefahaman ambiak serta berkat kemuliaan khatamul al-mursalin.Ya Allah berikan ku kecukupan yang tidak sampai aku terpaksa meminta daripada orang lain.Jadikanlah Hari ini lebih baik dari semalam"...

Monday, May 25, 2009

Aku check point...

Aku bercuti!.So,kali ni aku betul2 seronok bercuti selama 5 hari..nak mintak cuti ni pn terpaksa "tipu" boss.Aku ke Kelantan! Walaupun aku ni berasal dari sebelah je negeri Kelantan,ini kali ke 3 aku kesana...tempat yang biasa dilawati oleh orang2 luar ni mane lagi kalau tak Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor..banyak barang2 yang dijual dengan harga yang murah!..Aku sebenarnya tak keseorangan kat Kelantan ni...kat sini aku tinggal kat kampung "Atas Pinggir" (unikkan nama tu!)berdekatan dengan pekan Pasir Mas.Gambar kat tu adalah Surau Kampung Atas Pinggir.

Dalam perjalanan ke Rantau Panjang,mesti korang akan nampak ni..jangan tak percaya,ni bukan tokong cina atau mane2 tokong yang lain...ni adalah salah sebuah "Masjid" yang ada di Rantau Panjang.Reka bentuk masjid ni memang unik..dan ini adalah salah satu tarikan pengunjung ke Rantau Panjang.Mula2 aku tengok,mati2 aku ingatkan tokong cina..mulalah hati ni berdetik,"takkanlah kerajaan kelantan boleh bina tokong yang besar/unik mcm ni?"..sebab kite semua tahu Kelantan adalah sebuah negeri yang menitik beratkan nilai2 keagamaan..

Jalan nak ke Rantau Panjang ni ade sekatan polis..buka ape,Rantau Panjang tu merupakan sempadan Malaysia-Thailand.Thats why lah ade sekatan jalan dibuat-just check cukai mane tau tak berbayar!...tp orang2 Thailand/Malaysia bebas keluar masuk tapi masih lagi ikut peraturan...

Dan akhirnya aku sampai jugak ke Rantau Panjang.Time aku kesana jalan memang jem teruk..kebetulan lak waktu tu hari cuti umum..cuti2 mcm nilah ramai yang datang kesini..lupe nak cakp...aku ke Rantau Panjang ni naik bas..so,masa yang diambil tu agak lama sikit...lebih2 lagi driver bas tu nampak cam penakut je nak "cilok".....last2 kitaorang turun jalan kaki je..memandangkan dah dekat!hehehehehe.....

Nampak tu!.."Kompleks Imigresen Rantau Panjang"...maknanya dah sampailah tu..

Korang nampak tak signboard ni?...hehehe...jangan tak percaye!aku nak ke Thailand...sebenarnya memang kami tak merancang pun nak kesana,tapi bila dah nampak pemandangan dari jauh rasa teruja plak nak pergi.Lagipun bukan senang aku nak sampai ke situ..peluang dah depan mata!Untuk ke seberang sana takdelah susah pun.just beli tiket Rm1 untuk naik bot je..korang kena ingat,RM1 tu sebagai pas sementera je tau..untuk jalan2 je kat sana..jgn plak stay kat sana berhari2..itu kene request lainlah!
Ni kompleks Imegresen Pengkalan Kubor...sebenarnya untuk ke Thailand ni ade 2 jalan masuk Utama..satu di sempadan Rantau Panjang dan satu lagi melalui jalan Pengkalan Kubor..Disekitar pekan Pengkalan Kubor ni banyak kedai2 yang dijual dengan harga yang cukup murah.

RM1 untuk ke Thailand!..tiket ni boleh beli di pengkalan sewaktu nak naik bot.Kalau nak tahu "Taba" tu adalah panggilan ringkas untuk Thailand,dan "Kalan Kubor"pulak untuk Pengkalan Kubor...aku mule2 tu tergelak jugak tapi..cuba faham je le!...

Dalam bot yang kami naik ni ada jaket keselamatan.Penumpang2 dikehendaki pakai jeket ni...biarpun jarak antara pengakalan tidaklah sejauhmana..tapi keselamatan tetap diutamakan!

Pemandangan Thailand dari atas bot yang kami naik..aku ni memang pernah naik bot..takut!tapi hari tu cuaca ok je...ombak pun taklah kuat sangat!

Pengkalan Malaysia dah jauh tinggal dibelakang...hehehehe..cantikkan?..

Ni pulak pengkalan Thailand yang makin hampir dengan kami...seronoknye!

Nilah lambang "Narathiwat"...nama kepada adik Thailand!

Akhirnye kitaorang sampai jugak ke Thailand.Akulah yang paling seronok...(sebab kwn aku tu dah memang asal org kelantan) sampai ke negeri/negara orang.Kat Taba ni tak banyak beza pun ngan Kelantan,barang2 yang dijual pun lebih kurang sama je..cam tu jugak dengan nilainya.Aku tetap bayar dengan RM.Cuma penempatannya saje yang agak lain..kadang2 nampak cam berterabur..tapi dieorang tetap dengan rutin berniaga.

Kami kat Taba ni tak lama,lagipun tempat yang tak biasa ni rasa agak takut sikit.Yelah...bila dah datang tempat orang,lagipun kawan aku ni jarang sekali kesini walaupun berasal dari Kelantan.Singboard kat atas tu menunjukkan kami dah nak balik ke Malaysia...huhuhuhu...

Ni kuanter Immigration Takbai...kecik je,cam kuanter tiket bas mini kat Malaysia ni..

Dan akhirnya kami dah pun sampai...hanya beberape minit je kami di sempadan sana,lagipunmasa tak mengizinkan..yelah,perkara yang tak dirancang ni agak tidak selesa.

Sampai je kat Malaysia..kastam buat pemeriksaan.Tapi kitaorang tak kene check pun coz takde beli barang pun..just benda yang kecik2 je.

Dalam perjalanan balik tu sempat lagi singgah ke kawasan bebas cukai di Pengkalan Kubor.Kat sini barang2 yang dijual pun lebih kurang sama dengan Rantau Panjang.Tapi..tempat je saje yang tidak seluas atau sebesar Rantau Panjang.

Ini salah satu kedai yang terdapat di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.Seronok kalau kesana..mcm yang aku cakap tadi,barang2 kat sana sumenye murah2..mungkin kerana faktor itulah ramai yang datang kesana untuk membelah belah...jauh pun takpe..tapi seronok!
Itulah pengalaman pertama aku bercuti ditempat orang.Untuk ke Narathiwat tu memang tidak dirancang.Tapi itulah kenyataannya...sekurang-kurangnya pengalaman pendek aku ni boleh dikongsi dengan mereka2 yang suka bercuti. Thailand sebuah negara yang ada kelebihannya..dan jangan jadikan cerita2 sebagai satu alasan untuk kita ciptakan jurang sesama kita,mereka juga sama seperti kita,cara hidup dan agama je yang lain.Cuma kita yang terpilih untuk MALAYSIA!

Sunday, May 24, 2009

Do it yourself!

Biarpun tanpa pengalaman dan hanya berbekalkan ilmu bacaan semata2.Cuma semangat dan azam yang tak pernah putus..yang tak pernah padam,sy nekad untuk lakukan semua ni!
Kali ni sy plan nak buat sendiri..nk buat sungguh2.Tak mau guna mane2 "perkhidmatan sokongan" pun..cuma buat ngan adik beradik je.So,leh jimat duit sikit!
Memandangkan modal yang ade cukup2 je..terpaksalah cari bahan2 untuk wat reban tu barang2 yg tpakai atau yang murah je..dan nasib baik adik2 sy ni pandailh jugak bab2 mcm ni..ketika sy menulis blog ini sy masih lagi memegang jawatan disalah sebuah syarikat yang agak besar dalam industri buat masa ni.Hati sy masih lagi tertanya2,betul ke ape yang sy cuba lakukan ni?..benar ke tindakan sy ni?..Sy faham,dalam ketidakstabilan ekonomi negara sekarang kita harus berfikir untuk lakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya!.Ya!!!...itulah yang sy fikirkan!

Ada di antara kawan2 sy yang bertanya dan ade juga antara mereka yg cuba merisik2 kenapa tindakan ini yang sy ambil."Angin tak bertiup tiba2 pokok bergoyang"...itulah antara kata2 mereka yang inginkn kepastian.Biarlah....biarlah hanya sy sahaja yang tahu sebabnya..cukup sy katakan,di alam perkerjaan juga terlalu banyak halangan dan dugaan.Biarlah gaji yang dibayar lumayan,pada sy "maruah" terlalu tinggi martabatnya.Sy pertahankan itu semua kerana sy tahu..wanita diciptakan bukan daripada tulang rusuk diatas untuk memerintah,bukan daripada rusuk bawah untuk dipijak,Tetapi terletaknya rusuk itu dibahagian dada dan berdekatan dengan tangan dan bermakna punyai hati dan perasaan yang perlu dijaga".Bukan sy katakan wanita ingin menakluk dunia..tp biarlah sejajar dengan slogan2 yang pernah dikempenkan oleh masyarakat kita sekarang..malu kalau melayu hilang didunia!

Friday, May 22, 2009

Mengenai ayam kampung

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG

Telur dan daging untuk makanan keluarga Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG

Boleh dibiakkan sepanjang tahun Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya. Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN

Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah . 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai. kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:- Makanan komersil/dagangan Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash) Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet) Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet) Makanan Campuran atau Sisa Makanan Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek Ikan baja dan lain-lain.

PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu) Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu) Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit Boleh dilepaskan pada siang hari Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi Sediakan sarang bertelur Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN

Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:- Warisan Pemakanan Pengurusan Persekitaran Jangkitan Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Reban sentiasa bersih Anak ayam bebas dari penyakit Jauh dari ternakan dan haiwan lain Pelawat perlu dikawal Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan
Sampar “F” Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit Kurang nafsu makan Monyok dan tidak aktif Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung Muka bengkak Berak cair atau berdarah Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru Salmonellosis Pasteurellosis Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Projek pertama aku...

Ni projek pertama aku..buat reban ayam.Mase aku kecik2 dulu mak aku cakap,aku suke sgt dengan anak burung..tp bila dh besar ni minat kt ayam lak! Tak kisahlah..janji ape yg aku buat ni mendatangkan faedah,bukan main2...Rangka reban dh dinaikkan...hehehehe.....

Kelihatan beberapa orang kakitangan(adik2 aku) bertungkus lumus sedang menaikan tiang2 untuk proses yang seterusnya.Reban ayam ni aku tak upah orang pn..memadangkan modal yang sedikit,terpaksalah aku menggunakan khidmat adik2 je...tapi tetap dibayar upahnye.

Proses yang seterusnya..pemasangan atap,bila dah siap atap barulah nampak bentuknye... hehehe..reban yang aku buat ni,boleh diangkut kemana2 pun...

Sekarang ni tinggal pintunye je yang x siap lagi..besar jugak reban ayam aku ni..Nanti mak aku suh angkut reban ni letak kat belakang umah kami..kat situ tanah lapang!

Akhirnya reban ayam aku dah siap dibina..inilah hasilnya selama dua hari.Kos untuk buat reban ni lebih kurang RM500..huh!..jangan tak percaya...Kayu yang aku gunakan berkualiti sikit,mingkin sebab tu kos yang dikeluarkan agak mahal!Tapi xpelah...kerana ini projek pertama aku...